Friday, June 24, 2011

Aku Sentiasa Akan Memburunya

Jika di Tanya ke dalam diri ini, tentang cinta. Mungkin saya akan menjawab, apa itu cinta? Kerana dalam hidup ini hanya sekali hati ku terusik. Bukan sebab hati ini terusik kerana perasaanku tapi kerana dakwah dan perjuangan seseorang itu yang amat menyentuh kalbuku. Dan saya tak tahu itu adalah cinta sehingga saya benar benar mengalaminya. Dengan tersentuhnya itu, saya rasakan dunia ini ada dua matahari. Satu untuk bumi dan satu untuk aku. saya rasakan ada dua bulan purnama. Satu untuk pungguk dan satu untuk saya. saya rasakan siang itu siang dan malam itu siang kerana terujanya saya. Begitu besar dan terangnya harapanku. Begitulah hati saya tika itu. Rupanya kata sahabat saya itulah nama nya Cinta. saya bukan asing dengan perkataan itu. Malah saban hari saya dengar. Namun saya rasa ianya sesuatu yang tidak ada nilainya. Dan kali ini baru saya tahu akan nilainya implikasinya pada jiwa manusia. Dan jika itu. saya mula percaya bahawa saya benar benar mencintai nya.


Tanpa banyak berfikir, saya memberikan seluruh cinta, jiwa dan raga untuk dirinya. Saya selalu berdoa. Berdoa sekhusyuknya. Sedalam-dalam. Sekuat-kuat permintaan. Nak guna bahasa akulah boleh? Lagi senang nak taip. Aku plankan hidupku sejauh jauhnya hingga aku mula terasa akan dekatnya hari untuk aku bersamanya. Membina sepertimana yang kami citakan. Waktu itu aku rasa memang dialah pilihan Allah untuk ku. Aku yakin. Aku sujud syukur. Aku mula teringat teringat ayat AlQuran ” Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik “

Kalau nak tanya pengalaman tentang cinta, tentang perasaan kecewa, mungkin boleh. Ada sikit-sikit pengalaman. Tapi tak banyak. Tapi kalau bab soal jodoh, soal merisik, semuanya bukan di tangan saya. Semuanya hanya di ketentuan Dia. Semuanya dalam pengetahuan yang amat benar.

Soal berkenalan dan soal orang ketiga, macammana dan berbagai lagi dan dengan sebab tak ada pengalaman itulah aku menjadi mangsa.


Aku percayanya dengan setulus hati aku. Dan kepercayaan itu jugalah yang melukakan aku dalam permainan ini. Aku pun tak tahu apakah penghujung cerita ini. Skripnya terhenti ditengah jalan. Aku tak tahu apakah ada penyambung cerita ini atau cerita ini akan berakhir disini!


Cuma aku pernah berjanji padanya. Kiranya aku tak ada jodoh dengannya pasti aku memburunya disyurga. Benarkah itu akan berlaku atau hanya kata kata puitis untuk mencairkan jiwanya? Hanya Allah yang menentukan segalanya. Bagi ku, aku akan berusaha memperbaiki diriku. Menjadi hamba yang beriman sesungguhnya agar cita cita besar aku tercapai. Jika kata kata dan cinta aku benar dan dengan rahmat Allah aku diberi syurga. Apakah mustahil aku dapat memburunya? Insyaalah. Dalam syurga apa yang kita niatkan pasti terlaksana.


Penutup: Manusia Selalu Merasakan Dirinya Sudah Perfect

Manusia terkadang berpura pura dengan dirinya bahawa dia telah dapat kebahagiaan pada dirinya tapi sebenarnya dia menghadapi suasana yang ghurur. Kejap dia rasa bahgia. Kejap dia rasa susah. Bila bersama teman teman dan rakan-rakan, mutarabbinya atau keluarganya dia rasa dan dapat menghilangkan kedukaan itu tapi bila bersendiri, dia akan mengeluarkan mutiara-mutiara jernih dikelopak matanya. Dia terkadang tidak tahu apa yang disusahkannya. Sebenarnya waktu itu dia memerlukan kebahagiaan itu. Mungkin kebahagiaan hati dan dirinya itu ada pada diri orang lain yang perlu digapainya dan diambilnya kembali. Memang haknya namun perlu sedikit rasa tawadhuk dan berfikiran terbuka dalam mengambilnya dan cara nya hanya dia saja yang tahu. Dia mengadu lagi pada yang Esa akan kesusahan jiwanya. Akan ujian yang telah diuji padanya agar Allah temankan dia. Namun terkadang makin lagi dia tertekan!
Dalam kita mengadu, kita juga perlu memuhasabah akan dosa dosa kita pada manusia. Memang kita tak terasa dan adakalanya kita tidak tahu kita berbuat dosa pada orang lain. Kita menyakiti hati hati mereka yang menyayangi kita dan terkadang kita terambil hak hak mereka. Kita mengecewakan mereka dengan sikap kita. dengan perilaku kita. Kita sentiasa menganggap diri kita terbaik dan diri kita sahaja yang betul sehingga ini membuatkan kita berasa takabur dan ego yang menambahkan lagi bebanan jiwa yang tidak tertanggung.

Dalam kita mencari kebahagiaan. Kita juga harus mencari penciptanya. Bila kita cuba mencari Allah. Kita akan ketemukan Dia dimana saja. Kita akan dapati sifat ihsan dalam diri. Dapat merasai ma’iyah itu. Maiyatullah. Kebersamaan bersamanya. Waktu berdiri. Duduk. Berbaring. Hatta waktu kita kecewa dengan penghidupan ini pun Dia sentiasa memandang kita dengan rahmatNya.


Wassalam..

0 0 sedang membebel: