Sunday, June 26, 2011

Kelebihan Dan Kerugian Solat SUBUH


Keistimewaan Solat Subuh kupasan dalam buku bertajuk "Mukjizat Tahajud dan Subuh" karya Husni A.Ghazali adalah:
1. Disaksikan oleh malaikat
2. Menyelamatkan kaum dari azab
3. Mendapatkan pahala setara dengan ibadah haji dan umrah.
4. Terbebas dari Api neraka
5. Dijamin Masuk Surga
6. Lebih utama dari solat fadhu yang lain
7. Mendapat perlindungan dari Allah SWT
8. Menyempurnakan Agama
9. Terhindar dari kemunafikan
10. Mendapatkan berkah dari Allah SWT dan dimudahkan rezekinya
11. Mendapatkan kasih sayang Allah SWT
12. Mendapatkan cahaya terang di hari kiamat
13. Meraih pahala yang paling mulia
14. Mendapatkan pahala setara dengan solat semalam penuh
15. Menyimpan pahala yang sangat besar
16. Waktu Mustajab
17. Nabi Isa AS kelak turun di waktu subuh
18. Melihat Rabb di hari kiamat
19. Membawa bendera Iman
20. Ibarat perang yang menang dengan cepat.

Kerugian orang yang meninggalkan solat Subuh

Berikut adalah kerugian yang akan dialami oleh orang yang tidak melakukan solat Subuh dan solat lain secara berjemaah:


1. Memiliki sifat-sifat orang munafik yang tidak menjalankan solat (kecuali dalam keadaan malas) Rasulullah bersabda bermaksud: “Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna (kelebihan) yg tersirat di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Muttafa Alaih) - keistimewaan itu hanya Allah saja yg mengetahuinya.



2. Kesengajaan tidur hingga tidak solat subuh dan meninggalkan solat berjemaah merupakan perbuatan kufur dan diancam dengan ancaman yang sangat berat. Allah berfirman bermaksud: “Maka celakalah orang-orang yang melakukan solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya.” (Al Ma’un : 4-5)



3. Seorang lelaki berada di sisi Nabi SAW dan dia tidur hingga pagi, lalu Nabi SAW bersabda bermaksud: “Itulah lelaki yang kedua telinganya dikencing syaitan.” (Muttafa Alaih)

Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.


Wallahu'alam
Wassalam

0 0 sedang membebel: