Wednesday, October 26, 2011

Mengapa Perlu Halang Niat Suci 2 Orang Remaja?

Niat sepasang remaja melangsungkan perkahwinan adalah niat yang suci - jauh lebih suci dari aktiviti sosial tak bermoral dengan berdating di tepi pantai atau di hotel-hotel murahan.

Niat mereka yang suci membina rumahtangga bahagia, kenapa perlu dihalang?

Apa yang bakal dikongsi dengan anda, adalah berdasarkan pengalaman sebenar, ilmu sebenar dari mereka yang berpengalaman, malah penulis sendiri berkongsi rahsianya supaya ramai anak-anak muda di luar sana boleh mendapat rahsia sebenar membina rumahtangga walau di usia muda.



*Tak perlu lagi merayu seperti orang terdesak untuk mendirikan perkahwinan di usia muda.
*Tak perlu lagi lari ke Thailand untuk kahwin dengan pasangan idaman anda. Tak perlu bimbang tidak mendapat restu ibu bapa lagi. (serius!)
*Tak perlu menggunakan bomoh, tak perlu perkara-perkara khurafat dan syirik untuk berkahwin segera atau di usia muda.
*Tak perlu lagi menipu keluarga jika mahu berkahwin di usia muda.
*Tak perlu lagi buang bayi anak luar nikah yang tak berperikemanusiaan. Jalani kehidupan bahagia tanpa perlu bimbang lagi.


Perkahwinan Adalah Pahala Ibadah & Menambahkan Rezeki. Kenapa Ditangguhkan?

Berkahwin di usia muda adalah suatu niat suci yang tak perlu diberi pelbagai alasan untuk mengelakkan diri daripadanya . Ia sudah menjadi tuntutan agama, yang mana digalakkan oleh Nabi SAW sejak dulu lagi. Malah dianggap sebagai ibadah, macam amalan-amalan lain. :)

Kalau dah agama yang menuntut kita mendirikan rumahtangga, kenapa kita masih mempertikaikan kebaikannya?

*Berkahwin boleh mengelakkan maksiat seperti zina daripada berleluasa.
*Berkahwin menjadikan pasangan itu matang dalam bertindak.
*Berkahwin menimbulkan rasa tanggungjawab pada pasangan.
*Berkahwin menarik banyak rezeki.
*Berkahwin meramaikan ummah manusia, kerana Nabi SAW berbangga dengannya.
*Berkahwin sebagai salah satu cara membaiki diri.
Betul, dalam dunia masa kini, banyak perkara berubah, dan banyak perkara perlukan perancangan dan kewangan yang stabil, apatah lagi melibatkan perkahwinan - yang selalunya memakan kos yang besar.

Dan inilah faktor yang banyak menghalang dari kebanyakan rumahtangga didirikan.

Tapi ... Lumrah Manusia Tak Pernah Berubah
Walau bagaimanapun, hakikatnya, lumrah manusia masih sama. Semoden mana zaman yang kita berada sekarang, lumrah manusia masih sama.

>> Lelaki ingin berkahwin dengan perempuan.

>> Pasangan muda ingin melangsungkan perkahwinan untuk kebahagiaan.

>> Apabila dah sampai 'seru' dan hajat, kenapa nak tangguh lagi?

Bukankah lebih baik mendirikan rumahtangga daripada diri sendiri dibiarkan terlibat aktiviti sosial yang tak sihat antara lelaki dan perempuan seperti berdua-duaan di tempat sunyi, bercakap perkara tak bermoral serta bercinta tanpa arah tuju yang membuang masa bertahun-tahun tanpa penghujung?

Sudah sampai masa anda mendirikan rumahtangga demi kebaikan anda & bakal pasangan anda.



Bukankah lebih baik berkahwin daripada maksiat. [Gambar Sekadar Hiasan]


Ada banyak kelebihan berkahwin di usia muda. Antara yang anda perlu tahu adalah :

*Kahwin di usia muda memberikan ketenangan jiwa dan tidak akan lagi kesunyian/
*Kahwin di usia muda, menjadikan ibadah kita lebih berkualiti, penuh khusyuk. Yalah, tiada lagi masalah nafsu dan ketidaktenangan terhadap pasangan yang belum pasti.
*Kahwin di usia muda, menjadikan mereka lebih fokus terhadap tanggung jawab termasuk terhadap pencarian ilmu. Masa semakin banyak perlu digunakan dan tiada lagi masalah nak melakukan perkara sia-sia seperti bermain game siang malam, membaca komik berjam-jam tanpa hulu tuju yang kadang-kadang tak kelihatan matang dan membazir masa jika keterlaluan. :)




Saya Faham ... Anda Ada Banyak Halangan, Kan?

*Bagi mereka yang masih belajar di IPT atau kolej swasta, pasti banyak halangan untuk mendirikan mahligai bahagia.
*Bagi mereka yang sudah habis belajar, pasti belum mempunyai kewangan yang stabil untuk mendirikan rumahtangga idaman bersama pasangan anda.
*Bagi mereka yang selalu dilarang oleh ibu bapa untuk melangsungkan perkahwinan di hari bahagia seawal usia muda, pasti buntu mencari jalan penyelesaian.
Ya, saya faham masalah anda. Ramai remaja yang saya temui, menghadapi terlalu banyak halangan dan cabaran untuk mengahwini pasangan mereka ketika masih belajar atau seusia muda. Tak salah mendirikan rumahtangga jika ada sudah sampai masanya.

Antara yang menjadi halangan tentunya :

1.Masalah Kewangan. Ibu bapa kita yang sayangkan kita, tidak mahu kita berkahwin jika sumber pendapatan bulanan masih belum stabil, tambah-tambah lagi jika kita masih belajar atau baru sahaja menamatkan ijazah di mana-mana IPT. "Mat, belajar lah elok-elok, nanti dah belajar, mudah lah nak dapat kerja. Kalau dah dapat kerja dan gaji besar, boleh lah mula cari calon dan berkahwin." Bukannya salah ibu bapa menasihati, tapi ketika zaman Nabi SAW, mereka yang berkahwin bukannya kaya-raya. Lagipun, duit bukan tak boleh dicari. Ye tal? Rezeki Tuhan, bila-bila je boleh melimpah kepada mereka yang yakin pada janji-NYA.
2.Masalah Keluarga. Apabila kewangan sudah tidak stabil, maka ibu bapa melarang kita untuk memikirkan pasal kahwin, kahwin dan kahwin. Malah, ada ibu bapa yang perpegang pada prinsip "Belajar Dulu, Baru Kahwin", walau sestabil mana kewangan kita. Jangan bimbang, ada teknik demi teknik yang boleh digunakan untuk memujuk ibu bapa dan keluarga kita merestui hajat suci kita. Dengan restu mereka, akan bertambahlah berkat & rezeki kita.
3.Masalah Cabaran Selepas Kahwin. Ini antara perkara yang paling ditakuti oleh masyarakat, yang menjadi penyebab utama mereka tak nak berkahwin awal di usia muda. Bimbang banyak tanggungjawab akan mendatang, bimbang tak bersedia dan bimbang perkahwinan berakhir dengan kegagalan. Sebenarnya, semuanya boleh diatasi jika ada ilmu yang cukup untuk mengendalikannya.


Sebenarnya, Tak Perlu Risau

Apa yang anda risaukan, sebenarnya semua boleh diatasi. Apa jua masalah, ada penyelesaian. Berdasarkan kajian sendiri, pengalaman pasangan muda bahagia, pengalaman para pensyarah serta pengalaman penulis sendiri, kesemuanya ada jalan penyelesaian.

Saya akan tunjukkan 'jalan'nya sebentar lagi.

Ilmu-ilmu yang bakal diceritakan kepada anda ini, takkan diperolehi di kursus-kursus kahwin, kerana kami menceritakan ilmu berdasarkan pengalaman-pengalaman mereka yang menempuhi perkara yang sama - sehingga berjaya mendirikan rumahtangga di usia muda.

Bahkan dalam sebuah hadith dikatakan bahawa orang yang berkahwin dengan niat untuk menjaga kehormatan diri, termasuk salah satu golongan yang akan dibantu oleh Allah SWT.

“Ada tiga golongan yang Allah berjanji akan menolong mereka, iaitu :

1 - Orang yang bernikah dengan tujuan menjaga kesucian dirinya,
2 - Hamba sahaya yang ingin memerdekakan dirinya,
3 - Orang yang berperang di jalan Allah.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)


Psst, Makin Ramai Belia Masa Kini Yang Faham Tentang Kelebihan Kahwin Muda ...

Percaya atau tidak, kini perkahwinan muda seolah-olah menjadi 'trend' baru di kalangan remaja mahupun belia. Lihatlah rakan-rakan di sekeliling kita, atau di dada-dada akhbar mahupun majalah.

Satu demi satu terpampang di dada akhbar mereka yang baru sahaja mencecah usia 20-an, mendirikan rumah tangga dan mengecapi kebahagian seperti pasangan yang lain.

Tak kurang juga mereka yang berkahwin ketika masih belajar di institusi pengajian tinggi, samada tempatan mahupun di luar negara. Ia satu perkembangan yang SANGAT positif, dan mula menampakkan bahawa ramai yang dah mula sedar kelebihan berkahwin di usia muda!


Siapa Cakap Kahwin Masa Belajar TAK Boleh Cemerlang Akademik?

Mungkin ada cakap-cakap orang yang mengatakan kalau sibuk kahwin, maka akademik akan terjejas. Sebenarnya tanggapan ini adalah SILAP sama sekali.
Semuanya bergantung kepada sejauh mana kita serius tentang perkahwinan dan akademik. Ada je ramai rakan-rakan kita yang belajar, tak kahwin pun, tapi tak cemerlang pun. Kenapa? Puncanya, diri sendiri juga.
Jom kita lihat salah satu kajian kes (study case) sebenar daripada ratusan kajian kes di luar sana berkenaan kesan kahwin awal terhadap akademik:


Ahmad Mawardi & Isteri, tanggal 22 Januari 2010


" Saya ceritakan ini berdasarkan pengalaman sebenar saya. Untuk pengetahuan anda, keputusan akademik saya hanyalah sekitar 3.0 hingga 3.3 sahaja, dan tak lebih daripada itu. Al-maklumlah, menjalankan perniagaan ketika belajar, memang sedikit menjejaskan akademik saya.

Namun, berkat kesungguhan menanam niat memiliki seorang gadis idaman setelah menemuinya hanya dalam 6 bulan berkenalan, segalanya berjalan lancar.

Saya belajar seperti biasa, namun apa yang mengejutkan saya, keputusan akademik saya tiba-tiba melonjak kepada GPA 3.5, iaitu keputusan terbaik saya di kampus utama IPTA.

Yang lebih menggembirakan, isteri saya turut mendapat Anugerah Dekan (Dean's List) iaitu 3.6 ke atas.

Ini menunjukkan bahawa kita tak perlu takut tanpa sebab. Dengan akademik bagus ini, saya percaya semuanya datang dari keberkatan Ilahi yang merahmati mereka-mereka yang ingin kahwin muda dan menjauhi maksiat.

Saya juga mendapat khabar, ramai rakan-rakan saya mendapat keputusan akademik menakjubkan sejak kahwin walaupun ketika belajar. :)

Jadi, tidak perlu ditangguh-tangguhkan lagi. Perkahwinan itu kan satu tuntutan dalam agama. Murah rezeki. :)

credit : kahwinmuda



4 0 sedang membebel:

Unknown said...

sebagai contohnye ??? ifa la . heheh .

elummu said...

afifah : hehe.. ^^

Zulfahmi said...

Ini nasihat saya kepada kaum wanita... Walaupun anda sudah berkahwin, jangan lupa untuk belajar hingga sekurang kurangnya dapat diploma... Dapat degree atau masters lagi baik...

Sebabnya, walaupun kita sudah berkahwin, kita memang takkan dapat duga apa yang akan terjadi pada masa hadapan...

Kawan saya, baru 2 bulan bersalin, suami meninggal disebabkan kemalangan...

Jadi, jika perkara ini berlaku, kita haruslah ada sokongan... Kalau ada kelulusan, senang untuk wanita mohon kerja yang agak lumayan gajinya... Demi diri sendiri dan anak2 (kalau ada...)

Jangan terlalu bergantung kepada si suami untuk memberi semuanya... Kita juga harus ada plan B...

Bila ada peluang untuk menyimpan wang, silalah simpan untuk masa depan...

elummu said...

zulfahmi : Betul tu :)