Wednesday, October 12, 2011

Kepada Cinta Pertamaku.....
Kau hadir ketika ku masih mentah lg utk mengenali cinta....
Kau pinta HATI ku untuk disatukan dengan HATI mu...
Kau menabur pelbagai janji utk menjaga HATI ini...
Lalu Ku berikan HATI ku yang sempurna tanpa ada garisan luka mahupun titik2 hitam...
Dengan Taman yang indah di dalam HATI....
Ku pahat nama mu di HATI ku....
Lalu ku kunci pintu HATI ku hanya untuk mu....
Kerana ku yakin kau bole menjaga HATI ku yang suci, tulus dan ikhlas ini....
Kerana ku yakin kau bole menambahkan riang di HATI ini...
Kerana ku yakin kau bole mencantikkan lg taman di HATI.....
Tapi di suatu masa apabila kau telah menemui HATI yang baru kau tinggalkan aku....
Setelah HATI ini kau miliki tega kau hancurkannya.....
Kau toreh HATI ku sehungga luka berdarah....
Kau buang HATI ku begitu sahaja sehingga hancur berderai....
Taman HATI yang dahulunya indah kini suram dan sayu.....
Maka tinggallah aku dengan memori silam yg kau tinggalkan bersama HATI yang TERLUKA....
HATI TERLUKA penuh dengan perasaan BENCI dan DENDAM....
HATI yang pernah ku pahat nama mu kini berdarah...

Aku terus berjalan membawa HATI yang TERLUKA...
Sehingga TUHAN temukan aku dengan si DIA...
Si DIA yang juga ada garisan LUKA di HATI nya....
Tetapi masih nampak kesempurnaan di HATI nya....
Hadirnya si DIA membawa sinar baru dalam HATI ku...
Taman HATI yang dahulunya suram dan sunyi kini kembali riang dan bercahaya....
Lalu ku pahat nama si DIA di HATI ini...
Walaupun tempatnya xsesempurna dahulu....
Tetapi ku harap akan kekal abadi....
Ingin ku sentuh HATI nya....
Tapi apakan daya aku hanyalah insan yang hanya ada HATI yang TERLUKA.....
2 HATI yang TERLUKA...
Bolehkan menjadi SATU?????
Namun perjalanan hidupku semakin berliku...
Kerana LUKA itu terasa lagi...
Ya TUHAN, aku sudah tidak sanggup untuk menanggungnya...
Sukar untuk aku memadamkan nama si DIA dari HATI ku melainkan dengan torehan LUKA
dan membiarkan LUKA lama berdarah kembali...
Aku sedar, aku hanyalah insan yang ada LUKA di HATI...
Insan yang tidak mempunyai HATI yang sempurna...
Insan yang tidak mempunyai taman yang indah di HATI...
Dan sememangnya aku tidak layak utk bertakhta di HATI DIA...
Pergi ku membawa diri bersama HATI yang TERLUKA....

Kini ku sedar...
Aku xperlukan insan yang lemah HATI nya untuk mengubati HATI yang TERLUKA ini...
Dengan adanya Yang Maha Esa di HATI sudah cukup membuat HATI ku tenang...
Harapan dan HATI ku kini hanya pada yang maha Esa...
Hanya Allah yang maha Esa bole mengubati HATI ini...
Sesungguhnya DIA maha adil...
Dalam perjalanan hidup ku yang berliku ini ku tetap diberi pilihan HATI...
Namun untuk membuka pintu HATI ini kembali adalah sukar untuk ku lakukan...
Tapi ku yakin ianya bukan lah untuk selamanya....
Bila suatu masa aku bertemu dengan HATI yang sempurna yang suci dan ikhlas menerima sekeping HATI yang TERLUKA ini maka dengan IzinNya maka terbukalah pintu HATI ini....
INSYAALLAH...



"God will fix ur broken heart if u give him all of the pieces.."

0 0 sedang membebel: