Thursday, October 13, 2011

Tak terniat pun nak bunuh diri atau cederakan diri bila perasaan kecewa menguasai diri. Betullah kawan kata, jangan tengok apa kita kata, tapi lihat dalam hati kita. Sebab hati kita ni, kita kata je diri kita tak kuat, tak bolehlah, tapi hakikatnya hati kita sebenarnya okkay dan cekal. Kita kata je kita benci kononnya, sebenarnya kita masih sayang sangat. Hati kita kan, hanya diri kita dan ALLAH sahaja yang tahu.

Tak sangka sebenarnya di Facebook, orang yang selama ni tak tegur kita, tak pernah komen pun status kita, rupanya sentiasa baca luahan kita dan ambil berat tentang kita. Itulah, pentingkan perasaan diri sendiri sangat, sampai tak sedar ada orang masih sayang kita. Kadang-kadang ALLAH memang saja duga kita, uji kita, supaya kita sedar benda yang selama ini kita tak sedar. Kita kadangkala terkejar-kejar sangat orang yang kita sayang, sampai terlupa masih ada orang yang sayang kita.

Sebelum kita mati, kita tak harap banyak, selain dosa diampunkan, dan dapat membahagiakn orang yang tersayang, kita cuma mendoakan, bila kita pergi nanti, ada orang yang boleh jagakan, gembirakan orang yang kita sayang. Kita juga berharap dengan ketidakhadiran kita dalam hidup dia lagi selepas ni, kehidupan dia tetap indah dan terisi dengan orang yang lebih dia sayang. Sesungguhnya ketenangan dan kebahagian kita bila orang yang kita sangat sayang bahagia. Sekurang-kurangnya, kita tahu, tanpa kita pun, hidupnya tetap terindah .

Ummu pernah cakap bila Ummu sayangkan seseorang, Ummu akan sayang seseorang sampai mati (dengan izin ALLAH). Biarpun ada kekangan melalui insan mahupun keadaan, Ummu tetap tidak akan berputus asa dari mendoakan. Biarpun suatu hari nanti, dia dah ada pengganti, dan dia sudah tak perlukan Ummu lagi, sebelum mati Ummu nak orang yang Ummu sayang tu tahu , Ummu takkan semudah itu menguburkan rasa sayang yang pernah wujud. Mustahillah mahu benci dan melupakan orang yang pernah kongsi sedih duka dengan kita, orang yang terima kelemahan kita seadanya. Mustahil melainkan ALLAH takdirkan.

Untuk semua , satu je pesan Ummu, jika berkawan berpada-pada. Seawal perkenalan mungkin dia yang membahagiakan dan menggembirakan, namun sampai satu saat, kita sedar, dia bukanlah segalanya, kerana tanpa kita sedar, orang yang selama ini kita abaikan, merekalah yang ada tatkala kita memerlukan. Kawan ketawa senang nak jumpa, kawan menangis, dan terima segala kekurangan kita, teramat sukar. Kalau dah jumpa, hargai sebaiknya, ya! Sebelum kita mati.. :-)

Sayang ALLAH juga yang kekal abadi. Biar sayang kerana NYA . Insyaallah, dirahmati .:)
Nota : Sayang, jangan sayang sangat, Benci, jangan benci sangat.

2 0 sedang membebel:

Anonymous said...

fighting!!!

asalanualaikum :) said...

btul2 :)