Sebuah pertemuan :)
Di
kala pintu langit mula terbuka, di kala pintu hati mula menerpa..
Manusia
di ciptakan dari setitis air mani, lalu dibenihkan menjadi segumpal darah,dan
menjadi la ia tulang belulang lantas ditiup halus roh ke dalam jasad kaku. Maka
dikurniakan Gerak Pertama, memberi isyarat buat ibunda, akan lahirnya benih
keturunannya. Selepas di kendong oleh seorang ibu, lalu keluar la ia sambil
menggenggam tangannya bagi menyatakan amanah yang di bawa.
Seseorang
manusia tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan di dalam hidupnya.
Pasti akan ada rintangan, dugaan dan ujian dari Sang Pencipta untuk menguji
perihal hati hamba-hambanya. Dek kerana kejahilan, kefakiran dan kehinaan kita,
kadang menyebabkan kita lalai dan alpa dalam menjalankan tanggungjawab dan
amanah yang telah ditetapkan buat diri kita. Keasyikan di alam kehidupan yang
fana ini, kadang kita silap dalam membuat penilaian, kadang kita mengambil
mudah suruhan dan larangan, kadang kita hanyut di buai emosi dan perasaan
peribadi. Tetapi sesuatu yang pasti, jauh di dasar hati, ada satu rasa yang
jelas tersembunyi, satu rasa untuk kembali, kembali kepada fitrah insani,
kembali kepada Ilahi.
Tetapi
manusia selalu bertanya..atau mungkin mempersoalkan, mengapa ini
terjadi..mengapa itu terjadi.. kenapa hanya aku..kenapa bukan dia..? Pernahkan
kita mengkaji, apakah hikmah yang tersembunyi, apakah kebenaran yang sebenarnya
ingin disampaikan buat kita?
Lalu
atas kasihnya Tuhan kepada kita..atau mungkin kesian Tuhan kepada kita..lantas
dapat kita kembali, dan kita menghayati kemanisan ibadat..dapat kita
meninggalkan larangan Nya..dapat kita membenci dosa silam ..dapat kita
mengambil iktibar dari pengalaman kita..maka di manakah duduknya hikmah yang
tersembunyi? Apakah kebenaran yang ingin dicari?
Saya
tinggalkan persoalan itu di sini, agar tuan dapat mencari..apakah hikmah yang
tersembunyi..di mana letak kebenaran di cari..apakah kunci semua ini...
Sebuah
Pertemuan Yang Sangat Dinanti..Alhamdulillah :)
0 0 sedang membebel:
Post a Comment