Friday, June 28, 2013
Wednesday, May 15, 2013
Emak, saya nak kahwin. Mak janganlah bersusah hati ya, ini kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah. Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku. Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah. Bolehkah mak?
Emak, saya nak kahwin. Mak janganlah menghalang keinginan saya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan. Namun cinta jangan dilawan, kerana bila jodoh datang bertandang, tiada siapa yang mampu menolak kuasa Tuhan. Bolehkah mak?
Emak, saya nak kahwin. Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari. InsyaAllah, si dia yang bergelar suami tidak akan menghalang saya menuntut ilmu, kerana kami berdua dahagakan ilmu. Ingatkah mak, menunda perkahwinan menurut Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin adalah sikap yang bertentangan dengan perintah Rasulullah SAW:
Rasulullah SAW bersabda: “Jika seorang lelaki yang engkau sukai agama dan akhlaknya melamar, maka nikahilah dia (dengan puterimu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, maka akan ada fitnah di atas bumi dan kerosakan”
Emak, saya nak kahwin. Walaupun si dia yang merupakan lelaki pilhan saya masih belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.
Emak, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada si dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi. Mak, perkahwinan juga adalah benteng mempertahankan maruah dan harga diri. Sesungguhnya, manusia perlu berkahwin adalah disebabkan tuntutan psikologi dan fitrah dijadikan Allah. Maka atas tuntutan itu, tanpa adanya perkahwinan, manusia akan terjerumus ke lembah perzinaan dan maksiat. Nauzubillah.
Emak, saya nak kahwin. Percayalah yang calon suami saya memang sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jangan dilihat pada kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula. Walaupun, Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi si dia tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki yang lebih soleh dan dapat membimbing saya ke jalan Allah.
Emak, saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana si dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya. Namun, sekirannya mak bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon suami yang dicari, tapi calon ayah kepada cucumu yang akan dicari.
Emak, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.
Mak, tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan abi juga, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan abi ini, amin.
"Emak, Boleh Tak Anakmu Ini Nak Kahwin?"
Yang Penat Menaip
elummu
Sunday, March 3, 2013
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Ya Allah, padaMu ku bermohon.. Kuatkan diri ini untuk menempuh segala ujian dariMu. Sebagai seorang hamba, pasti akan di uji olehNya. Ya, aku hanya manusia biasa, iman adakala naik dan adakala turun..
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [Al-Ankabut, 29:2-3]
Adakala, terasa seperti hampir putus asa, untuk menempuhi ujian yang diberikan, rasa tidak berdaya untuk menghadapinya.. Ya, aku seorang insan yang lemah.. masih banyak kekurangan dan kelemahan dalam diri.. walau banyak air mata yang menitis, ujian ini harus aku hadapinya..
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Al-Imran, 3:139]
Ya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah menguji diri ini, pasti ada sebab yang Dia lebih Maha Mengetahui dari diri ini.. Diri ini Rindu padaMu Ya Allah, Rindu ingin bertemu denganMu Ya Allah.. Andai bertemu denganMu adalah yang terbaik, adalah yang terbaik jemputlah diriku ini. Tapi, diriMu masih memberi peluang untuk diri ini mendekatkan diri dengan cintaMu, terima kasih Ya Allah...
Wallahua'lam..
Yang Penat Menaip
elummu
Tuesday, December 25, 2012
Kalau kau suka dia, bagitahu dia bro !
Ada orang tnye aku, acane nk bgtahu someone yg kita admire bahawa kita jatuh hati pada dia? Well, weh awat tnya aku? Hang engat aku terer sgt bab lovey- dovey- monkey- donkey- kookie oppa. Ehh apa yg aku merepek neh =.=' Frankly, aku tatau hape. Yang aku tau aku suka dia. Again =.=
Aku spesies manusia yang taktahu acane nak confess feeling aku dekat someone. Aku just mengharapkan yang dia suka aku balik, dan dia sendiri yang akan confess bahawa dia pun suka aku jugak. And luckily this thing happened to me :)
Mengharap someone yang kita suka, suka dekat kita balik, posibiliti untuk berjaya amatlah rendah. Lebih-lebih lagi kau suka dekat someone yang tak pernah tau akan kewujudan kau, yang tak perasan langsung kelibat kau dalam kalangan ramai orang. Harapan jelah kiranya neh.Jadi takan kau nak stay doing nothing then and then tak lama lepas tu someone else come out, and take him/her from youu. You might say, okay maybe s/he not my Mr/Mrs Right. Babe, kau tak try pun luahkan perasaan kat dia. So, still got a chance kan?
Telling someone that you have feelings towards them, it seems hard. Acane nak bgtahu neh? Guane guane? First thing you gotta be strong. Yelah mana tahu dah confess nanti dia tolak pulok. Kita tak boleh nak paksa orang yang kita suka, suka kita balik. Bagi aku the simplest way untuk bgtahu dia yang kau suka dia; you go get him/her alone and just tell him/her that you love him/her. As easy as that. Tapi kau serius kena kuat, takut-takut dia tolak kau on the spot.
Malu nak cakap face to face? Wehh sekarang kan zaman teknologi maklumat tengah mencapai perkembangan yang dasyat, go search dia punya Twitter ke Facebook ke bbpin ke Skype ke or maybe nombor telefon dia, boleh Whatsapp, boleh berviber so takdelah malu sangat if dia reject. Takpun kau cari ejen bagilah upah sikit tolong bgtahu that person yang kau syiok dekat dia.
Bagi surat? Hemm tapi ayat boleh tolonglah jangan jiwang sangat. Geli geleman baca tau tak. Lagi kalau guna ayat hiperbola bagai yang eyuww eyuww eyarkss. Boleh pengsan baca tau tak. harhar. Kalau surat tu jatuh ke tangan orang lain, dah kena nganjing tak memasal. Tak payah surat pun takpe. Bagi notes tiap-tiap hari kat dia, kirim gula-gula yang sama tiap-tiap hari. Auwww shuwitnyeee! Then one day, kau tak payah bagi lagi. If dia tertanya tanya kenapa kau tak bagi lagi, thats mean dia ada hati kat kau. Kalau takde buat apa dia nak ambik tahu. Kan?
Apa kata kau jumpa parents dia, bgtahu yang kau suka anak dia? This one, berani tak? Orang kata kalau nak ambik hati someone, kita kenalah ambik hati mak bapak dia dulu. Hehe. So, inilah caranya. Cara lain? Hemm. Aku dah tak dapat fikir lagi dah wehh. Kering dah idea. Ni yang simple, tak payah nak hardcore sangat lah kan. Why don't you search it urself?
Aku sebagai perempuan tak dapat nak detect lelaki yang aku suka tu suka aku balik ke tak kalau dia sendiri tak cakap kan. Memanglah dia sweet gila dekat kita, tapi hey is he do really like me? Karang syiok sendiri pulok. That feeling bila dapat tahu orang yang kita suka just playing around je, takde hati pun kat kita, rasa macam nak campak orang tu dari bangunan 50 tingkat pun ada. Eh? So better guys, kalau kau tak suka satu perempuan neh, boleh tak jangan nak mengayat sangat, jangan nak take care sangat. Perempuan neh senang tersentuh hatinya, senang terharu. Kalau kau tak suka dia, please jangan nak buat dia jatuh hati pada kau.
Kalau kau suka dia, bagitahu dia weh !
Kbaii !
Via sheisgadisbunga :)
Yang Penat Menaip
elummu
Thursday, November 29, 2012
Tentang Senyum..
Kita SENYUM ketika masih bayi...
Ketika usia muda...
SENYUM menambah cantik wajah!
SENYUM menambah cantik wajah!
meski pun kecantikan pudar di mamah usia..
mereka SENYUM tanda gembira!!
mereka SENYUM tanda gembira!!
Tak kira apa berlaku pada kita,
kekal kan senyum di wajah...
kerna ia menyerlahkan kecantikan,
juga menambah pahala,
kerna SENYUM itu adalah sedekah.
Yang Penat Menaip
elummu
Sunday, November 4, 2012
Ya Allah, aku akan BERHENTI mengeluh
dan aku sudah berhenti mengejar sesuatu yang TIDAK PASTI..aku PASRAHKAN
segala urusan ini kepadaMu, sekalipun aku sudah menguburnya dalam-dalam,
namun HARAPAN itu masih menyala dalam hamparan rasaku tetapi dayaku
telah habis untuk BERTAHAN pada situasi ini..biarlah harapan itu hanya
Engkau saja yang menyelesaikannya..aku masih menginginkannya tapi aku
hanya MENANTI sesuatu yang PASTI dan terbaik dariMu..
Dengannya atau tanpanya asalkan
ada Engkau pasti aku BAHAGIA dan aku akan tetap bertahan dengan
keyakinanku..ya Allah, aku akan disini dalam sujud dan cinta yang penuh
untukMu..aku tahu, semua ini terjadi kerana ketetapanMu dan aku
ihklas..sakit dan lelahku adalah HARGA yang tidak seberapa dibandingkan
KELALAIANKU dalam sujud padaMu..✿~
>>> Wahai sahabatku,
Allah kadangkala MENJAUHKAN seseorang itu daripada HIDUP kita atas sebab
untuk MELINDUNGI HATI kita. Oleh itu, BERHENTI MENGEJARNYA<<<<
Yang Penat Menaip
elummu
Friday, June 29, 2012
Tahniah Irma Hasmie. :)




















Jutaan tahniah sekali lagi kepada Irma dan Reza Syah atas pernikahan mereka berdua. Majlis persandingan yang akan berlangsung di MAEPS 1 Julai ini pasti akan meriah.
Yang Penat Menaip
elummu
Wednesday, June 27, 2012
ISTIKHARAH CINTA.
Ada kala hati berbelah bagi memilih satu antara dua. Serba serbi dirasakan tidak kena saat diri yang perlu membuat keputusan yang akhirnya membawa kepada penyelesaian.
Hati juga tersepit di saat kita buntu memikirkan jalan keluar daripda sesuatu perkara yang menghimpit. Tidak tahu arah mana yang hendak dituju, apa yang harus dilakukan dan bagaimana caranya. Jika semua ini berlegar dalam diri anda, apa yang harus kita lakukan? Kepada siapa harus kita mengadu selepas diri benar-benar buntu?
Ya, kepada DIA, kepada Allah yang sentiasa menanti, menunggu hamba-Nya meminta, berdoa kepada-Nya.Dirikanlah solat sunat istikharah pada 2/3 malam bagi memohon petunjuk daripada Allah.
“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar.Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib.Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan)adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan)mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”.
* Sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik.
VIA PAKARCINTA
VIA PAKARCINTA
Yang Penat Menaip
elummu
Monday, June 25, 2012
Saya tak akan jadi isteri yang sempurna untuk awak, tapi saya akan berusaha menjadi isteri yang terbaik.
Saya takkan berjanji untuk cinta awak sepenuh hati saya, sebab saya nak letak Allah penuh-penuh dalam hati ini dan baru awak.
Saya takkan berjanji untuk takkan buat awak menangis, tapi bila saya ada saya akan cuba seka setiap air mata yang menitis semampu saya.
Saya takkan beri harapan untuk bersama awak selama-lamanya, sebab suatu hari saya akan pergi juga.
Saya akan ajar awak, tiada jaminan atas setiap perkara yang berlaku. Hidup kita umpama pensil. Pasti ada yang memegang hidup kita, iaitu Allah. Jangan berharap pada hidup. Biarpun awak rasa cukuplah hidup bersama saya, tapi itu masih tak cukup. Kita kena ajar diri, there is no guarantee in life.
Tapi satu perkara yang saya pasti,
saya nak jumpa awak kat syurga nanti.. :)
Saya takkan berjanji untuk cinta awak sepenuh hati saya, sebab saya nak letak Allah penuh-penuh dalam hati ini dan baru awak.
Saya takkan berjanji untuk takkan buat awak menangis, tapi bila saya ada saya akan cuba seka setiap air mata yang menitis semampu saya.
Saya takkan beri harapan untuk bersama awak selama-lamanya, sebab suatu hari saya akan pergi juga.
Saya akan ajar awak, tiada jaminan atas setiap perkara yang berlaku. Hidup kita umpama pensil. Pasti ada yang memegang hidup kita, iaitu Allah. Jangan berharap pada hidup. Biarpun awak rasa cukuplah hidup bersama saya, tapi itu masih tak cukup. Kita kena ajar diri, there is no guarantee in life.
Tapi satu perkara yang saya pasti,
saya nak jumpa awak kat syurga nanti.. :)
Yang Penat Menaip
elummu
Friday, June 15, 2012
10 petanda dia jodoh kita.
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Sumber : I Luv Islam.Com
Yang Penat Menaip
elummu
Subscribe to:
Posts (Atom)










.jpg)
.jpg)




