'Andai Aku Adalah Tulang Rusuk Mu Yang Hilang', Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat.
Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku, Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita. Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah.
Andai engkau ditakdirkan untukku, Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku. Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita. Kau boleh mencintai aku apa adanya. Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan. Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan.
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu. Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan. Andai aku lupa, Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita. Kerana..
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang boleh selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu
InsyaAllah, Ameen.
1 0 sedang membebel:
:)
Post a Comment