Friday, May 4, 2012

WAHAI WANITA~

Wahai wanita tidak bertudung,

Sungguh cantik alunan rambutmu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang akan membakar rambutmu,
Di hari akhirat hari penentu,
Maka hanguslah segalanya,
Hilanglah cantik alun rambutmu,
Tiada lagi yang menggerbang,
Tiada lagi yang terserlah,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang
bertudung.

Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepalamu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlahlah bentuk badan,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat
membakar?
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga paras dada.

Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik terlindung rambutmu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
Hanya diri sendiri yang menghakimi,
Mungkin suci ikhlas kerana Ilahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu',
Riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
Alangkah ruginya andai benar begitu,
Kerna azab masih tak erlepas daripadamu,
Serupalah sahaja dirimu ditunggu,
Diseksa tidak ubah seperti wanita tidak bertudung,
Sama dengan mereka yang menyempang tudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada,
Tersemat jua bersamanya rasa taqwa.

Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat Islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaran-Nya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh.

Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar Islam kembali tertegak

1 0 sedang membebel:

syakirah izwanie said...

Hebat :) Berdakwah dalam diam. Teruskan menegur saya dan mereka wanita islam.